KEPUTUSAN UPSR 2009


Pada hari ini keputusan UPSR telah di umumkan di seluruh Negara. Penyampaian keputusan UPSR bagi SK Mentakab telah diadakan serentak dengan Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah.


Bagi sekolah SK Mentakab, Seramai 58 orang pelajar telah mengambil peperiksaan UPSR dan seramai 12 orang telah berjaya mendapat keputusan Cemerlang 5A..keputusan ini adalah amat membanggakan sekali yang mana bilangan ini adalah paling ramai dalam sejarah Peperiksaan UPSR SK Mentakab.

Walaubagaimanapun, Peratusan lulus telah menurun sedikit berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 12% iaitu 84% pada tahun ini berbanding 96% tahun lalu.

GPS pada tahun ini masih lagi dalam lingkungan 2.00 kebawah iaitu 1.97 kurang sedikit berbanding tahun lalu 1.76.Jika mengikut ranking GPS, SK Mentakab berada pada kedudukan no 15 dalam 60 buah sekolah rendah di seluruh daerah Temerloh.



Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil UPSR pada tahun ini..Juga tahniah diucapkan kepada semua guru serta kakitangan terutamanya pada guru-guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus bagi mencapai kecemerlangan ini.









"Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan."


Comments

Popular posts from this blog

CUTI UMUM 2009

Ujian Tapir Hero

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER 2009