SEJARAH






SK Mentakab ditubuhkan pada tahun 2002. sekolah ini merupakan sekolah alternatif bagi pelajar yang berhampiran dengan bandar tetapi menghadapi kesesakan penempatan di sekolah lama iaitu SK Abu Bakar dan SK BandarMentakab.
  Penempatan pertama sekolah ini merupakan murid pecahan dari kedua-dua sekolah tersebut dan termasuk juga sebahagiannya dari SK Seri Tualang. Sesi pertama sekolah ini bermula pada Januari 2002 dan menumpang sementara di SK Bandar Mentakab.
  Sekolah ini dibuka secara rasminya pada 18 Februari 2002. Guru besar pertama sekolah ini ialah Ustaz Mohd Yassin b. Mahmod bersama-sama 12 orang guru dan seorang pembantu tadbir. Sepanjang penubuhannya yang menjangkau usia 16 tahun, sekolah ini mencatatkan bilangan guru besar yang agak ramai. Guru besar kedua ialah En Mohd Saupi b. Jusoh, ketiga En. Mansor b. Abd Rahman, Keempat En. Salim b. Rantau, Kelima Puan Kuilim bt. Minin, keenam ialah Puan Rahmah bt. Muhamad ketujuh ialah Tn Hj Parudi b. Md Noor, Kelapan ialah Pn Hjh Ruziah bt Hj Ghazali dan yang terakhir ialah Hj  Suhaime b Nahari.

  Murid pertama sekolah ini ialah murid tahun satu hingga lima sahaja dengan anggaran murid seramai 175 orang. Sekolah ini telah melakarkan kejayaan manis dalam UPSR pertamanya pada tahun 2003 dengan pencapaian sebanyak 20% 5A dan peratus lulus sebanyak 91%. Kini bilangan murid adalah sebanyak 444 orang. 


Sehingga kini, Sk Mentakab sering melakar namanya di daerah Temerloh sebagai diantara top 10 bagi kelulusan UPSR.Dalam bidang kokurikulum juga banyak mencatat kenangan kejayaan yang memberangsangkan yang mana, 2 orang murid sekolah ini telah berjaya menerima Anugerah Cemerlang Program Bimbingan Seni Budaya Negeri Pahang 2017/2019.
  Begitu juga dalam permainan softball,olahraga,  bola jaring, bola sepak dan sepak takraw mencatat kejayaan di peringkat Negeri, Daerah Temerloh, mahupun Zon. Pada tahun 2019 dan 2018 Sk Mentakab telah melakar sejarah iaitu menghantar wakil bagi pertandingan Sofball di peringkat Negeri Pahang. Walaupun sekolah ini agak kecil tapi tetap memberi saingan kepada sekolah lain.
  Pihak sekolah juga sedaya upaya mahu memberi keselesaan dan kemudahan kepada murid-murid disekolah ini. Justeru itu, pihak sekolah memastikan kemudahan-kemudahan yang ada digunakan semaksimumnya. Sekolah ini dilengkap perpustakaan, makmal komputer, makmal sains, makmal kemahiran hidup, bilik tayangan, kantin, surau, bilik rawatan gigi, bilik kesihatan, bilik kaunseling dan banyak lagi.

Popular posts from this blog

CUTI UMUM 2009

Ujian Tapir Hero

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER 2009