Posts

Showing posts from June, 2012

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SIVA

Image
Mr S.Sivanantan TAHNIAH diucapkan kepada Cikgu Siva kerana beliau telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum di Sk Kuala Mai. Pelantikan ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun yang lalu. SK Mentakab (Chatin) telah kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi. Beliau terkenal sebagai guru yang peramah dan fasih berbahasa melayu. Kemahiran beliau ialah membuat jadual waktu persekolahan dengan baik. Majlis perpisahan bersama beliau telah diadakan pada tanggal 15 Jun yang lalu. Semoga Cikgu Siva gembira dengan pelantikan ini dan dapat menjalankan tugas yang baru dengan cemerlang. Tahniah sekali lagi dari kami, Warga SK Mentakab (Chatin).

TAHNIAH- JUARA PUBLIC SPEAKING PERIGKAT NEGERI PAHANG

Image
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA MUHAMMAD FARRISH DANIEL B KHAIRIL ANIZAM KERANA MENJUARAI PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING PERINGKAT NEGERI PAHANG . Beliau akan bertanding di perigkat Kebangsaan mewakili Negeri Pahang di Kedah pada 13 Jun 2012 SEMOGA BERJAYA DANIEL! KAMI BANGGA DENGAN ANDA!