Posts

Showing posts from August, 2011

IHYA' RAMADAN

Program Ihya' Ramadhan telah berjalan dengan lancarnya. antara program yang dijalankan ialah: 1. Tadarus Al-Quran 2. Tayangan Video berkaitan Bulan Ramadan 3. Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Imran 4. Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa Tarikh:25 Ogos 2011 Hari: Khamis AGENDA 5.00 ptg Pendaftaran Ucapan Guru Besar Ucapan PPD 5.30 ptg Khatam Al-Quran 6.30 ptg Penyampaian Cenderahati 7.00 ptg Persediaan Berbuka Puasa 7.21 ptg Berbuka Puasa Maghrib Berjamaah Solat Hajat Bersurai * PELAJAR KHATAM &IBUBAPA MASING-MASING DIJEMPUT HADIR.

KEPUTUSAN PERCUBAAN UPSR 2011

Image
Seramai 14 orang murid telah berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan percubaan baru-baru ini. kejayaan ini telah memberi satu semangat kepada guru-guru dan murid tahun 6 untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang sebenar. Senarai Pelajar 5A Percubaan UPSR: 1. Nur Sakinah bt Nasaruddin 2. Muhammad Faiz b. Juhari 3. Intan Redhatul Farihin bt Abd Azmi 4. Farisha Irwayu bt Khairi 5.Nurisa Nadila bt Ramlan 6.Siti Nurul Fazlina bt Hassan 7.Muhammad Nazmi Hakim b. Mahmud 8.Nur Faezatul Najiha bt Nazri 9.Dayang Nurfatihah bt Mohd Yusri 10.Luqman hakim b Abd Halim 11. Nurnisrina bt De Afendi 12. Afif najmi b. Mahamad Rizuin 13.Mohamad Fais b Mohd Isa 14. Emman Fazzriel b Elias 4A 1B 1. Muhammad Naim Yasin b Burhanudin 2. Muhammad Zazmie b. Mahamad Zaini TAHNIAH! Jangan leka..terus berusaha dengan tekun ya...

BULAN KECERGASAN JULAI 2011

Warga SK Mentakab telah berkumpul di Dataran SK Mentakab untuk melibatkan diri dalam pelancaran bulan kecergasan peringkat sekolah yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Objektif: untuk memupuk GAYA HIDUP SIHAT dalam kalangan pelajar-pelajar dan para pendidik. Matlamat: memberikan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang faedah atau kebaikan mempunyai kecergasan dan kecerdasan.

SALAM RAMADHAN

Image
CREDIT TO ASHTECH.COM 1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhu