Posts

Showing posts with the label ARTIKEL PENDIDIKAN

APAKAH ITU PROJEK 1BESTARINET & APAKAH ITU VLE?

Image
Apakah itu projek 1BestariNet? 1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.  Antara komponen penting dalam perkhidmatan ini ialah: Capaian jalur lebar yang lebih tinggi  Perkhidmatan hosting terurus Perkhidmatan keselamatan terurus Persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment - VLE) Penyelenggaraan VLE Pewujudan Programme Management Office (PMO) Apakah itu Frog VLE?   The Frog Virtual Learning Environment (VLE)   adalah satu sistem berasaskan web pembelajaran yang replikasi dunia sebenar pembelajaran dengan mengintegrasikan kesetaraan maya konsep ...

BERITA HARIAN~Persiap diri rebut rahmat Ramadan

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh salidasuhaila99@yahoo.com 2010/08/05 Puasa bukan bulan berpesta makanan tapi masa terbaik bermuhasabah, tingkat amalan RAMADAN sentiasa dinanti seluruh umat Islam kerana inilah saat apabila siang harinya mereka yang berpuasa menahan diri daripada makan serta minum sementara malam harinya diisi dengan aktiviti meningkatkan ibadat yang boleh dilaksanakan pada Ramadan saja. Bercerita mengenai Ramadan, ada yang rindukan waktu bersahur, ada menantikan kegembiraan berbuka puasa yang turut menjanjikan pahala jika sikapnya ialah bersederhana dan ada teringatkan keistimewaan hanya ada pada malamnya. Tarawih dan solat malam sudah tentu diisi semaksimum mungkin dan diselangi tadarus al-Quran. Ramai yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah kerana ingin merebut ganjaran kebaikan berlipat ganda. Permulaannya rahmat, pertengahan pengampunan dan penghujungnya terlepas daripada neraka jahanam. Inilah yang mahu dikejar sesiapa saja inginkan penghabisan us...

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Influenza A pembunuh senyap Amalkan kebersihan diri bagi lindungi keluarga SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini, Influenza A (H1N1) menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak yang meletus itu semakin mencemaskan dengan jumlah kes jangkitan yang dikesan melebihi 2,000 dilaporkan membabitkan 21 negara dan sejumlah kematian yang besar akibat H1N1. Pada peringkat ini, amat penting bagi masyarakat umum mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman selsema baru ini di samping membina kesedaran mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegahnya daripada merebak. Sebagaimana yang kita ketahui, pada peringkat ini, wabak H1N1 menyebabkan penyakit sukar untuk bernafas disebabkan oleh sejenis virus baru hasil campuran dua jenis virus iaitu virus babi dengan unsur genetik manusia dan burung yang mampu menjangkiti orang lain. Tanda awal H1N1 ialah seperti selesema, termasuk demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan lenguh-lenguh sendi, sakit tekak ...

BERITA HARIAN 08 JULAI 2009~Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing. Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi. “Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012. “Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini. Bagi memastik...

BERITA HARIAN 08 JULY 2009~Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda satu dasar realistik

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan hari ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak. Cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan bahasa Melayu. Dr Chandra Muzaffar, Profesor Kursi Nordin Sopiee Pengajian Global Universiti Sains Malaysia berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris mulai dari peringkat sekolah rendah sehingga ke menara gading dalam usaha melahirkan generasi Malaysia yang fasih dalam kedua-dua bahasa itu. Katanya kaedah pengajaran bahasa Inggeris sama ada di sekolah rendah dan menengah juga perlu dikaji semula selain menggunakan saluran media yang ada secara efektif dengan mengadakan program belajar bahasa itu melalui radio, televisyen dan internet...

Source: The Star Online~More smart schools by 2011

By Fadzilah Hj. Muhamad Published 30 January 2009 The Multimedia Development Corp (MDeC) is helping the Education Ministry to upgrade 50 rural and underserved schools into smart schools. MDeC, which is custodian of the MSC Malaysia initiative, said upgrading work will be done in three phases beginning with 15 schools this year, 15 more next year and 20 in 2011. Its senior manager of smart schools, Dr Norrizan Razali, said the 50 schools located nationwide will be modelled after the country’s pioneer 88 smart schools. MDeC will use a different approach to upgrade the rural schools to smart schools, Norrizan said. “It will be a whole different challenge upgrading these 50 schools,” Norrizan told In.Tech in an interview recently. Unlike the first batch of smart schools, most of the rural schools are not high performing schools but she believes that ICT (information and communications technology) can help broaden the minds and improve the grades of students there. “These schools don’t have...

BERNAMA~Smart School Programme Extended To Rural Areas

CYBERJAYA, March 31 (Bernama) -- After 88 schools have been chosen for the smart school programme, the Education Ministry is extending the programme to 15 rural schools nationwide. The schools were expected to be announced at the project launching scheduled in April, said Multimedia Development Corporation (MDeC) chief executive officer, Datuk Badlisham Ghazali. He said out of the 15, two schools, Sekolah Menengah Ampang Pecah in Kuala Kubu Baru, Selangor and Sekolah Kebangsaan Felda Palong 14 in Gemas, Negeri Sembilan were selected as the showcase. Among the benefits that these two schools would enjoy included notebooks, wireless Internet connection (Wi-Fi) and wireless digital communication system (WiMAX), he said. "We want the two schools to be the showcase as we know rural schools may have other problems like electricity supply disruption. "We want to study how we can rectify or minimise the problems, and if the ministry agrees, the same facilities may be extended to the ...

HARIAN METRO 28.12.2008~Kerjaya guru kian mencabar

Oleh Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my GELARAN guru, pensyarah, profesor atau pendidik, peranan golongan itu cukup besar dalam mencorak, mendidik dan melahirkan generasi berilmu. Meskipun sudah merentasi zaman dan peradaban, kerjaya ini tetap unggul selain mendapat sanjungan masyarakat global. Kerjaya yang diiktiraf sebagai antara kerjaya tertua di dunia, perkataan guru berasal daripada bahasa Sanskrit. Sebelum era kemerdekaan, peranannya lebih kepada memberi pendidikan bagi membantu masyarakat keluar daripada kepompong buta huruf dan menaikkan taraf kehidupan. Selepas merdeka, peranan itu semakin luas. Fungsinya mula mencakupi pelbagai bidang seperti kemahiran, penyelidikan, forum dan industri. Guru adalah istilah bagi merujuk seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Di universiti, ia dirujuk sebagai tutor atau pensyarah. Dalam kepercayaan agama tertentu, golongan ini membawa maksud lebih tinggi dan merujuk kepada seseorang yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal berkaitan kerohan...

BERITA HARIAN 17 DEC 2008~7 pilihan ajar Sains, Matematik

Image
Oleh Haika Khazi mfaizul@bharian.com.my TIMBALAN Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (kanan), mempengerusikan Mesyuarat Terbuka Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris di PICC, Putra Jaya, semalam. Hadir sama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom. - Foto Izhari Ariffin Pakar rumus masa depan pelaksanaan PPSMI PUTRAJAYA: Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berakhir di sini semalam, merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI. Pilihan itu ialah: Meneruskan PPSMI seperti sedia ada. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah. Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah. Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matemat...

BERITA HARIAN 15 DEC 2008~Rombakan subjek akademik

Image
Oleh Mohamed Farid Noh mfarid@bharian.com.my Datuk Alimuddin Mohd Dom Ilmu komunikasi pelajaran berteras kesenian diperkenal di sekolah rendah KUALA LUMPUR: Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010. Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian bagaimanapun belum memuktamadkan mata pelajaran yang akan digugurkan kerana kajian mengenainya masih dijalankan. "Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata. "Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencap...

Quotes about learning.....

Image
By learning you will teach, by teaching you will learn.~Latin Proverb All of the top achievers I know are life-long learners... Looking for new skills, insights, and ideas. If they're not learning, they're not growing... not moving toward excellence~Denis Waitley A man can learn only two ways, one by reading, and the other by association with smarter people.~Will Rogers In every man there is something wherein I may learn of him, and in that I am his pupil.~Ralph Waldo Emerson Learning how to learn is life's most important skill.~Tony Buzan Learning is a treasure that will follow its owner everywhere.~Chinese Proverb