Posts

Showing posts from July, 2012

Cyber Cafe Bestari telah berubah lokasi

Image
Cyber Cafe Bestari telah berpindah ke tingkat 3 bangunan blok A daripada kedudukan sebelum ini di Cafe D Santap Tujuannya ialah untuk mendapatkan ruang yang lebih selesa dan memudahkan kawalan penggunaan yang dapat dipantau oleh guru dan bridget cyber bertugas Diharapkan dengan perpindahan ini,matlamat asal untuk meningkatkan penggunaan ICT dikalangan warga SKM dapat dicapai dengan jayanya
Image
pemandangan Sk Mentakab Chatin selepas hujan.. Published with Blogger-droid v2.0.6

TAHNIAH MAKMAL KOMPUTER IBN KHALDUN SK MENTAKAB (CHATIN) JUARA PERTANDINGAN BILIK-BILIK KHAS DAERAH TEMERLOH

Image
~ Makmal Komputer Ibn Khaldun SK Mentakab pernah memenangi pertandingan peringkat Daerah Temerloh buat kali yang pertama pada tahun 2012 ini. Pada tahun lepas, Makmal Komputer Ibn Khaldun telah memenangi pertandingan makmal komputer Peringkat Zon Mentakab dalam kategori makmal komputer luar bandar. ~Tahniah kepada guru yang bertanggungjawab iaitu Cik Syamsina binti Abd Razak,  pihak pengurusan sekolah, serta semua guru SK Mentakab yang telah memberi kerjasama ke arah kecemerlangan ini. ~Diharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

TAHNIAH BILIK BOSS IXORA SK MENTAKAB (CHATIN) JUARA PERTANDINGAN BILIK-BILIK KHAS PERINGKAT DAERAH TEMERLOH

Image
~ Bilik Boss Ixora SK Mentakab telah memenangi pertandingan peringkat Daerah sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2010 dan juga tahun 2012. ~Tahniah kepada guru yang bertanggungjawab iaitu Pn Razilawati bt Mohd Ali pihak pengurusan sekolah, serta semua guru SK Mentakab yang telah memberi kerjasama ke arah kecemerlangan ini. ~Diharapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.