Posts

Showing posts from August, 2009

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Influenza A pembunuh senyap Amalkan kebersihan diri bagi lindungi keluarga SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini, Influenza A (H1N1) menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak yang meletus itu semakin mencemaskan dengan jumlah kes jangkitan yang dikesan melebihi 2,000 dilaporkan membabitkan 21 negara dan sejumlah kematian yang besar akibat H1N1. Pada peringkat ini, amat penting bagi masyarakat umum mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman selsema baru ini di samping membina kesedaran mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegahnya daripada merebak. Sebagaimana yang kita ketahui, pada peringkat ini, wabak H1N1 menyebabkan penyakit sukar untuk bernafas disebabkan oleh sejenis virus baru hasil campuran dua jenis virus iaitu virus babi dengan unsur genetik manusia dan burung yang mampu menjangkiti orang lain. Tanda awal H1N1 ialah seperti selesema, termasuk demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan lenguh-lenguh sendi, sakit tekak

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAKAP 2009

Image
TARIKH:12 OGOS 2009 (RABU) TEMPAT:DATARAN PERHIMPUNAN SKM

MINGGU KECERGASAN 2009

Image
TARIKH:24 JULAI 2009 TEMPAT:DATARAN SKM DAN TASIK CHATIN

PEPERIKSAAN AKAN TIBA

Image
PEPERIKSAAN P3 2009 TARIKH:04/08/2009~07/08/2009 ISNIN~KHAMIS DIHARAPKAN PELAJAR DAPAT BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN KALI INI.. 10 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN CREDIT TO GOLDENMINDS *TERIMA KASIH :) Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda dalam memahami apa yang telah anda pelajari. Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda. Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan. Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan : 1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan. 2. Tenang dan percayakan diri sendiri Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. 3. Bersantailah tapi berhati-hati Pastikan meja dan ker