Posts

Langkah-langkah untuk mengatasi Influenza A (H1N1)

Influenza A pembunuh senyap Amalkan kebersihan diri bagi lindungi keluarga SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini, Influenza A (H1N1) menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak yang meletus itu semakin mencemaskan dengan jumlah kes jangkitan yang dikesan melebihi 2,000 dilaporkan membabitkan 21 negara dan sejumlah kematian yang besar akibat H1N1. Pada peringkat ini, amat penting bagi masyarakat umum mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman selsema baru ini di samping membina kesedaran mengenai langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mencegahnya daripada merebak. Sebagaimana yang kita ketahui, pada peringkat ini, wabak H1N1 menyebabkan penyakit sukar untuk bernafas disebabkan oleh sejenis virus baru hasil campuran dua jenis virus iaitu virus babi dengan unsur genetik manusia dan burung yang mampu menjangkiti orang lain. Tanda awal H1N1 ialah seperti selesema, termasuk demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan lenguh-lenguh sendi, sakit tekak ...

MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAKAP 2009

Image
TARIKH:12 OGOS 2009 (RABU) TEMPAT:DATARAN PERHIMPUNAN SKM

MINGGU KECERGASAN 2009

Image
TARIKH:24 JULAI 2009 TEMPAT:DATARAN SKM DAN TASIK CHATIN

PEPERIKSAAN AKAN TIBA

Image
PEPERIKSAAN P3 2009 TARIKH:04/08/2009~07/08/2009 ISNIN~KHAMIS DIHARAPKAN PELAJAR DAPAT BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN KALI INI.. 10 TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN CREDIT TO GOLDENMINDS *TERIMA KASIH :) Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda dalam memahami apa yang telah anda pelajari. Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda. Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan. Sepuluh tip untuk membantu anda dalam peperiksaan : 1. Datanglah dengan bersedia dan lebih awal Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan. 2. Tenang dan percayakan diri sendiri Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. 3. Bersantailah tapi berhati-hati Pastikan meja dan ker...

BERITA HARIAN 08 JULAI 2009~Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing. Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi. “Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012. “Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini. Bagi memastik...

BERITA HARIAN 08 JULY 2009~Sains dan Matematik dalam BM, bahasa ibunda satu dasar realistik

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan hari ini mendapat reaksi positif pelbagai pihak. Cendekiawan, ahli politik, ahli akademik, pendidik malah pelajar sendiri menyifatkan langkah itu sebagai sesuatu yang realistik ke arah memperkukuh kedudukan Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama mendaulatkan bahasa Melayu. Dr Chandra Muzaffar, Profesor Kursi Nordin Sopiee Pengajian Global Universiti Sains Malaysia berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris mulai dari peringkat sekolah rendah sehingga ke menara gading dalam usaha melahirkan generasi Malaysia yang fasih dalam kedua-dua bahasa itu. Katanya kaedah pengajaran bahasa Inggeris sama ada di sekolah rendah dan menengah juga perlu dikaji semula selain menggunakan saluran media yang ada secara efektif dengan mengadakan program belajar bahasa itu melalui radio, televisyen dan internet...

NST~TEACHER Non-Malays and men just not interested

By Eileen Ng news@nst.com.my KUALA LUMPUR: The vicechancellor of Universiti Pendidikan Sultan Idris is puzzled why non-Malays and men appear uninterested in becoming teachers. “Maybe they think it is not challenging enough or the pay is not attractive,” said Prof Datuk Dr Aminah Ayob after a meet-the-press session yesterday.And to make matters worse, she said, those who were interested often did not have the minimum qualification of a cumulative grade point average of 2.75. The university produces about 3,500 graduate teachers each year for secondary schools. Of these, only a fifth are non-Malays and 23 per cent are men. She believes many men see teaching as a female domain because it involves children. Aminah said the lack of men in teaching was not unique to Malaysia. Hong Kong, Indonesia, Thailand and the Philippines have the same problem. National Union of the Teaching Profession secretary-general Lok Yim Pheng said many non-Malays and men did not want to become teachers because th...