KELAB KOMPUTER SKM

2.1 Pengenalan
Kelab komputer telah di sahkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai salah satu daripada kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Kegiatan kelab komputer menyediakan peluang dan kemudahan kepada mereka yang berminat untuk mendalami pengetahuan di dalam bidang komputer.

2.2 Objektif
• Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan mengenai apa dia komputer, dan kegunaanya.
• Membiasakan pelajar dengan penggunaan komputer.
• Menyediakan rancangan dan kemudahan mempelajari komputer kepada pelajar.
• Memberi peluang kepada pelajar mendalami aspek-aspek penggunaan komputer yang diminatinya.
• Memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai penyalahgunaan komputer, seperti penipuan yang dilakukan oleh kolar putih.
• Mengalakkan pelajar-pelajar berkongsi idea dan maklumat di antara kelab/ individu.
• Mengadakan aktiviti-aktiviti rekreasi dan sosial dikalangan ahli berbilang kaum melalui hobi yang sama.
• Menanamkan semangat kepada pelajar-pelajar, betapa mustahaknya komputer di dalam pembangunan masyarakat, dan kemajuan negara juga menuju ke arah WAWASAN 2020.

Comments

Popular posts from this blog

CUTI UMUM 2009

Ujian Tapir Hero

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER 2009