KEPUTUSAN UPSR 2008

Tahniah kepada 3 orang pelajar SK Mentakab yang berjaya memperolehi 5A



Muhammad Asyraaf Fitri b Abd Halim
Nor Iman b Mohamad Noor
Mursyida bt Ahmad Zahid



Bilangan keseluruhan pelajar yang mengambil UPSR ialah 30 orang..
seramai 4 orang pelajar pula telah mendapat 4A 1B

Walaupun bilangan 5A berkurangan berbanding tahun lepas iaitu 8 orang..
SK Mentakab boleh berbangga pada tahun ini kerana tergolong dalam 6 buah sekolah yang mencatat peratusan 90% keatas di Daerah Temerloh iaitu dengan mencatat 96.6% iaitu ia merupakan peratusan terbaik berbanding tahun-tahun lepas.
GPS pula ialah 1.76 turun sedikit berbanding 1.70 pada tahun lalu.

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN:
A 15 orang; Lulus: 30~100%
BAHASA MELAYU PENULISAN:
A 19 orang; Lulus 96.6%
BAHASA INGGERIS :
A 9 orang;Lulus: 30~100%
MATEMATIK :
A 10 orang; Lulus: 30~100%
SAINS :
A 8 orang; Lulus: 30~100%

Terima Kasih dan Tahniah kepada semua guru SK Mentakab,terutama guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus mengadakan program kecemerlangan UPSR pada tahun ini.
Terimalah keputusan ini dengan redha dan hati yang terbuka..
Teruskan usaha untuk tahun-tahun akan datang pula..
sesungguhnya...
"Kekalahan sepanjang mengejar matlamat, adalah ibarat pecutan kepada kejayaan".

Comments

Popular posts from this blog

CUTI UMUM 2009

Ujian Tapir Hero

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER 2009