Oleh Ruhaiza Rusmin ruhaiza@hmetro.com.my GELARAN guru, pensyarah, profesor atau pendidik, peranan golongan itu cukup besar dalam mencorak, mendidik dan melahirkan generasi berilmu. Meskipun sudah merentasi zaman dan peradaban, kerjaya ini tetap unggul selain mendapat sanjungan masyarakat global. Kerjaya yang diiktiraf sebagai antara kerjaya tertua di dunia, perkataan guru berasal daripada bahasa Sanskrit. Sebelum era kemerdekaan, peranannya lebih kepada memberi pendidikan bagi membantu masyarakat keluar daripada kepompong buta huruf dan menaikkan taraf kehidupan. Selepas merdeka, peranan itu semakin luas. Fungsinya mula mencakupi pelbagai bidang seperti kemahiran, penyelidikan, forum dan industri. Guru adalah istilah bagi merujuk seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Di universiti, ia dirujuk sebagai tutor atau pensyarah. Dalam kepercayaan agama tertentu, golongan ini membawa maksud lebih tinggi dan merujuk kepada seseorang yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal berkaitan kerohan