Posts
Showing posts from May, 2009
MAKLUMAN~DUA ACARA PENTING PADA MINGGU INI
- Get link
- X
- Other Apps
SAMBUTAN HARI GURU Sambutan hari guru peringkat sekolah pada asalnya akan diadakan pada hari Khamis ini..akan ditangguhkan pada hari Jumaat bersamaan 22 Mei 2009. TARIKH:22 MEI 2009 HARI:JUMAAT TEMPAT: DEWAN MAT YASSIN OBJEKTIF HARI GURU ~Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. ~Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. ~Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. ~Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. ~Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. ~Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. ATURCARA 7.30 PAGI: PERHIMPUNAN PAGI 8.00 PAGI: SUKANEKA 10.00 PAGI: REHAT/ JAMUAN 10.30 PAGI: ACARA
SELAMAT HARI GURU~16 MEI 2009
- Get link
- X
- Other Apps
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU SK MENTAKAB DAN JUGA KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA! IKRAR HARI GURU Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.
GURU MALAYSIA
- Get link
- X
- Other Apps
Get this widget Track details eSnips Social DNA Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan