MAKLUMAN~DUA ACARA PENTING PADA MINGGU INI

SAMBUTAN HARI GURU
Sambutan hari guru peringkat sekolah pada asalnya akan diadakan pada hari Khamis ini..akan ditangguhkan pada hari Jumaat bersamaan 22 Mei 2009.

TARIKH:22 MEI 2009
HARI:JUMAAT
TEMPAT:
DEWAN MAT YASSIN


OBJEKTIF HARI GURU
~Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
~Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
~Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
~Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
~Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
~Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

ATURCARA
7.30 PAGI: PERHIMPUNAN PAGI
8.00 PAGI: SUKANEKA
10.00 PAGI: REHAT/ JAMUAN
10.30 PAGI: ACARA DEWAN
~BACAAN PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN~GPK 1
~BACAAN PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN ~GPK2
~UCAPAN WAKIL MURID
~UCAPAN GURU BESAR
~PERSEMBAHAN KOIR GURU
~PERSEMBAHAN PELAJAR
~MAJLIS PERTUKARAN HADIAH

------------------------------------------------------------------------------------

LADAP ICT
Untuk makluman..LADAP ICT akan diadakan pada hari Sabtu ini 23 Mei 2009.
Semua Guru diwajibkan hadir.


MATLAMAT
Memantapkan pengetahuan guru tentang ilmu ICT yang semakin berkembang pesat.


OBJEKTIF
Adalah untuk meningkatkan pengetahuan ICT semua guru. Merangkumi aspek P&P dan juga Internet.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
5.1 Teras 5: memartabatkan profesion perguruan

TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Tarikh : 23.05.2009
Hari :Sabtu
Masa :8.00 a.m.
Tempat :Makmal Komputer Ibn Khaldun SK Mentakab
Penceramah: Penyelaras Bestari SKM Cik Syamsina binti Abd Razak

Comments

Popular posts from this blog

CUTI UMUM 2009

APAKAH ITU PROJEK 1BESTARINET & APAKAH ITU VLE?

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER 2009