SALAM PERPISAHAN...


SK Mentakab bakal kehilangan 2 orang guru yang amat berpengalaman dan banyak berbakti.


Dua orang guru yang dimaksudkan ialah Pn Hayati binti Daud dan Pn Nawal binti Omar.

Mereka akan bertukar ke SK Batu Kapor.


Pn Hayati pernah perkhidmat sebagai GKP HEM di SK Mentakab atas lantikan sekolah. Beliau adalah antara guru yang mula-mula membangunkan SK Mentakab sejak penubuhannya pada tahun 2002.Ini bermakna beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di SK Mentakab.


Pn Nawal pula bertukar ke SK Mentakab pada tahun 2008. Berpengalaman luas sebagai guru tahun satu sama seperti Pn Hayati.


Diharapkan Pn Hayati dan Pn Nawal dapat menyesuaikan diri di sekolah baru dan tidak lupakan sahabat-sahabat di sini..


Salam sayang dari warga SK Mentakab :)

Comments

Popular posts from this blog

CUTI UMUM 2009

Ujian Tapir Hero

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER 2009