Peperiksaan UPSR bakal berlangsung pada hari Selasa 13 September 2011 sehingga Khamis 15 September 2011. Diharapkan semua calon dapat menjawab soalan dengan tenang dan cermat. Semua guru mendoakan yang terbaik daripada anda. Untuk makluman semua, majlis merestui ilmu telah diadakan pada 12 September dimulai dengan ucapan Guru besar, Guru-guru penolong kanan dan juga wakil guru iaitu En Salleh. Selepas itu disusuli pula dengan sesi bersalam-salaman dengan semua guru. Doa menghadapi peperiksaan اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.” JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2011 SELASA 13 September 2011 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan 11:45