HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012



Pelajar dan Guru bersemangat menyanyikan lagu Kebangsaan.


Pelajar tahun 1 yang kelihatan tidak kekok berada di sekolah pada hari pertama.

4 Januari 2012 adalah hari pertama bermulanya persekolahan bagi tahun 2012.

Para pelajar kelihatan sangat bersemangat untuk memulakan persekolahan pada hari pertama.

Para guru juga melahirkan rasa gembira untuk memulakan pengajaran pada tahun 2012.

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negeri Pahang, Negaraku dan juga Lagu Sekolah.

Diikuti dengan ucapan guru bertugas Encik Amirul serta ucapan daripada GPK Kurikulum Pn Aminah yang memberikan kata-kata nasihat dan semangat bagi memulakan persekolahan pada tahun ini.

Kemudian, Guru Besar pula menyampaikan ucapan beliau yang mana menekankan kecemerlangan para pelajar dari segala bidang. Beliau berharap agar kecemerlangan pada tahun lalu dapat dikekalkan dan ditingkatkan pada tahun ini, yang mana pada tahun lalu ada pelajar sekolah ini yang berjaya menjadi wakil pada peringkat kebangsaan.Dan juga keputusan UPSR mempamerkan peningkatan membanggakan dengan 10 orang mendapat 5A.

Semoga usaha dan doa kita diberkati Allah pada tahun ini..



SELAMAT MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN YANG BARU!

Comments

Popular posts from this blog

CUTI UMUM 2009

APAKAH ITU PROJEK 1BESTARINET & APAKAH ITU VLE?

PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI MAKMAL KOMPUTER 2009